Wednesday, February 23, 2011
Suka tapi sengsara
Friday, January 21, 2011
Mulakan yang baru
Monday, November 8, 2010
ntah...kosong.
Dari hari ke hari aku makin mengabaikan kerja kerana aku sendiri rasa terabai. Aku dah makin malas untuk berusaha kerana aku tau di sini aku takkan kemana. Aku rasa sayu sebenarnya bilamana 3 tahun perkahwinan aku tiada cahaya mata. Sebelum ini aku betul2 fokus pada kerja tapi sekarang aku sedar ianya tak kemana.
Tahun pertama aku dihina, tahun kedua aku bekerja sedaya upaya, tanpa aku sehari, semuanya serba tak kena, tahun ketiga aku bekerja seperti biasa, menambah baik apa yang ada, tahun keempat aku diketepikan sebegitu sahaja. Aku di antara yang senior tetapi nama aku langsung tiada bagi majlis besar tersebut dan aku hanya membantu bagi pihak bos aku yang aku hormati. Aku diketepikan begitu saja walaupun aku yang mengendalikannya sebelumnya. Sangat2 sedih apabila aku ingat semula. Apa yang akan aku lalui tahun yang mendatang. Boleh ke aku bertahan. Aku tak harap kenaikan pangkat kerana aku tau aku masih banyak kekurangan. Tapi at least aku harapkan penghormatan dan penghargaan. Rupanya tiada apa yang perlu kita harapkan dari manusia. Kita kena kembali kepadaNya. Aku sendiri yang terlupa. Hari ke hari aku makin menyepi, biarlah. Hari ke hari aku semakin menyendiri, biarlah. Hari ke hari aku makin terasa hati, biarlah.
Minggu sudah aku kena marah. Pada pendapat aku sendiri tiada apa yang salah yang aku lakukan. Aku terdiam kerana bila mana aku kena marah berdepan aku hanya menyepi diri. Kalau parent aku marah, aku lebih suka lari, kalau suami marah aku lebih suka senyap. So, pendek kata diam lebih baik dari berkata2 dan kita perhatikan saja. Tapi hidup kat cni rupanya semua org hipokrit. Banyak mengata di belakang secara tidak positif dan banyak berunsur kutukan. Sangat berbeza dengan tempat lama aku bila mana kami menegur berdepan dan terima teguran dengan hati terbuka. Aku jarang diperkatakan dan sangat merasa dihargai. Sangat sedih bila difikir2kan.
Biarkan...biarkanlah mereka, aku kini hanya hadir seadanya aku. Dan aku bahagia dengan rumah aku, sangat tidak sabar untuk kembali ke rumah setiap hari.
Tuesday, October 5, 2010
Jauh di sudut hati aku sangat terluka
Aku pasti segalanya adalah balasan. Tapinya aku sangat terluka bila diketepikan sebegini rupa. Aku cuba fikir positif tapi dah tak mampu. Bila fikir balik, aku tetap patah balik kepada diri sendiri. Puncanya diri sendiri. Diri sendiri lah puncanya.
Komitmenku perlu diselaraskan, hidupku perlu diselaras agar aku tidak rugi apa2. Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan dan petunjuk kepadaku. Amin.
Wednesday, July 7, 2010
hati aku keras ke..
Hari ni, aku busy..keje...kalau tak busy..tandanya kita bukan keje. Pendek kata, makan gaji buta. Ada perjumpaan fakulti dengan pelajar baru. Aku jadi pengerusi. Tak prepare apa pun. Aku cakap ikut suka aku je. Janji majlis jalan, matlamat tercapai. Buat apa nak pikir berat. Aku suka dengan Prof punya ucapan. Sempoi, menarik, bersemangat, ikhlas dan positif. Aku dulu jadi pelajar takde pulak sesiapa advice mcm tu. Ada pulak budak yg tya pasal subjek yg selalu seniornya fail. (Awal2 dah set minda untuk fail...apa punya mentality daaa...) Mentality mereka telah set itu adalah killer subject. Tetapi telah dibantah; 'Bukan killer subject but, difficult subject'. Student tya lagi, kalau fail, berapa kali boleh ulang, macam mana kalau extend?. Satu lagi pensyarah jawab; '2 perkara je kita tidak diberi pilihan semasa di dunia ini. Kita tidak boleh pilih bila untuk dilahirkan dan kita tak boleh pilih waktu kematian kita. Perkara lain kita tetap ada pilihan. Nak atau tidak kita tetap ada pilihan'. Betul jugak tu. Aku ada dgr nasihat gtu, cumanya kadang2 kita terlupa bila kesenangan menjengah hidup kita.
Aku buka fb kat opis ari ni. Waktu lunch la. Takde yg menarik untuk dilihat. Sambung semula wat keje cam biasa. Ada pensyarah baru tya pasal jadual dia. Baru masuk 2 hari. 4 surelah takde email tak de portalnya. Baik pulak dengan aku (selalunya, pensyarah baru akan kata aku garang). Boleh dia tya aku ni dah kawin ke, dah ada anak ke. Mengomel mulut aku ni jadinya. Aku tau la mulut aku becok sikit petang tu. Maybe dia tengok aku cam budak sekolah kot. Dia tak tau umur aku dah cecah berapa. Ada gak aku marah2 staff ( bukanlah marah, tapi nak suruh diorang membangun). Aku akan ingat sampai bila2 komen seseorang ini; ' pincang pekerja bukanlah kerana mereka tak reti buat kerja, tapi kerana bos nya yang tak reti memimpin'. Memang lah seseorang ni tak tuju ayat tu pada aku. Tapinya, aku suka ambil ayat2 sebegitu sebagai panduan hidup. Sebab aku pun banyak sangat kelemahan. Kurang keyakinan walaupun satu fakulti kata aku garang. Tapi bab anak buah aku ni, aku masih banyak kegagalan.
Ari ni balik awal. Tapi tak la tepat jam 5. Tak reti aku nak punch tepat jam 5 ni. Create album baru dalam fb. Kenduri. Aku suka gambar kenduri ni. Happening.
Hari ni aku rajin komen kat fb. Status pertama, member ni letak status dia kecewa, nak nangis bagai. Aku komen; kalau rasa nak nangis, nangis je. Tak yah bgtau org. Kalau putus cinta ke, tak apa pun nak nangis. Sebagai pompuan memang kita layak untuk nangis. Pas tu teruskan je hidup ni. Aku dulu pun masa balak pertama tinggalkan aku pun, aku nangis. (Sebelum tu aku cari dia sungguh2 untuk minta penjelasan. Dia ni spesis tinggalkan orang gantung tak bertali. Terkejut dia, aku berjaya cari dia). Pas dengar sendiri dari mulut dia aku pun nangis lah puas2. Siap nangis sambil berjalan tengah padang. Nak p latihan caklempong benarnya masa tu. Pas tu aku teruskan je hidup cam biasa. Status kedua, budak ni rasa terlebih bagi tapi sendiri yg sakit. Komen aku, tak yah bagi dah kalau sakit. Benarnya, pada pendapat aku (seharusnya org bersetuju), kita bagi lah byk mana pun dalam hidup ni, kalau ikhlas, takdenya hati kita ni sakit. Kalau kita dah bg org yg terima tu sakit, itu nasib dia lah kan. Janji kita jgn bg benda tak elok lah. Tak baiklah gtu. Aku tak pasti lah, hati aku memang keras kot untuk hari ini.
Monday, July 5, 2010
Mengisi kekosongan blog..
Ari ni aku taip ayat demi ayat yg aku sendiri tak tau asalnya...sebab apa aku tulis, sebab aku dah lama tak tulis. Sian lak kat blog ni, aku buka tapi tak berisi.
Ahad, balik kampung sebab makabah wat kenduri. Aku tau mak wat kenduri sebab aku tepon mak ari Jumaat. Mak kata cadangan wat kenduri ni adhoc sebab memerang dah duk tangkap ikan kolam. So, abah bising bilanya nak wat kenduri. Memang hajat mak abah nak wat kenduri bila ikan kolam besar. Ikan dah elok besar, memerang lak dtg serang. Takut hajat tak kesampaian, kenduri pun buat adhoc. Alhamdulillah, kenduri kat kampung jemput time tu, org tetap dtg. Bukan cam org bandar, kena berkad bagai. Kenduri arwah + kenduri buah + kenduri mensyukuri nikmat rezeki (ikan kolam). Kenduri kecik je tapi aku suka. Dari dulu sampai la ni. Caranya tetap sama. Tak berkhemah bagai cam org sekarang. Memangla kan. Kenduri kat rumah kampung. Dah ada serambi. Wat apa pasang khemah. Rumah baru aku rumah teres. Mr suami kata, kita wat kenduri masuk rumah nanti, tak yah khemah2. Budget bukannya ada. Aku pikir pulak, apalah sgt nak sediakan khemah. Kenduri, baca doa memang la dalam rumah, cumanya kalau ramai yg datang sianla tamu. Orang bandar bukan biasa makan bersila. Nak kn ada kerusi meja bagai. Rumah pulak bukannya besar ada pintu kiri kanan. Kuar masuk gn pintu yg sama. Itu belakang citer. Ada lagi 2 bulan.
Semalam jumpa satu blog, menarik isinya, sempoi, jujur dan berterus terang. So, cara penulisannya mempengaruhi cara aku kerja hari ni. Layan je dan jgn pikir berat. Sebabnya, ari ni ari isnin dan aku tak suka keje ari isnin. Dahla pagi2 aku set meeting ;). Alhamdullillah semua berjalan dengan baik.Kalau ada perkara yg tak baik pun, wat bodoh je la. Benda dah nak berlaku, layan je la. Kita kan belajar, dan belajar, dan belajar setiap hari sampai ke mati. Wat silap tu kira kita belajar la. Belajar dari kesilapan.
Ari ini dalam sejarah, aku tak buka fb kat opis. Aku rasa, ada baiknya. Kalau tak, duk tgk je fb tu sedangkan bukan ramai pun sapa. Letak status tah apa2 pun bukannya byk comment yg masuk. Some time langsung takde. Nampak sgt tak popular. Dah lewat petang br aku kusyuk wat keje. Bukan apa, bila ramai org, suma duk tya itu ini, camner aku nak concentrate kan. So after 5pm lah aku fokus. 1 jam tu aku wat la sungguh2 apa yg patut setel. Ini tidak bermakna aku tak wat apa2 9 jam sebelumnya ok. Cumanya selapas jam 5 la aku rasa cam best je nak menghayati semangat kerja aku ni.
Balik umah, kepala weng. Masuk angin kot. Tapi aku tak la layan sgt. Letak minyak angin aku bertahan je la. Buka fb, takde apa. Selak punya selak, ramai tul yg duk papar gambar baby, gambar anak. Aku ni blom ada rezeki. Perasaan iri hati aku tepis jauh2. Allah Maha Mengetahui. Insyallah aku bahagia dengan suami, alhamdulillah. Aku cuma sian ngan mak mentua aku. Di duk jaga anak orang, tapi cucunya tiada lagi. Dah la aku menantu sulung. Baby tak dapat lagi, masak pun tak reti2 (tak la zero sangat ok). Apa nak jadi la ngan aku ni kan. Layankan aje la hidup ni.
Tu je la untuk penulisan kali ini. Untuk mengisi kekosongan blog ini.
Saturday, May 15, 2010
Terkilan...
Hari ni hari Sabtu. Semalam hari Jumaat. Patutnya hari Jumaat aku gembira sebab tempoh masa rehat yg panjang dan seterusnya cuti. Tapinya, semalam memang aku rasa tempered dari pagi sampai ptg. Walaupun aku bos, aku terbuka untuk terima pendapat anak buah aku. Tapi bila apa yg aku decide , diubah sesuka hati tanpa refer kat aku memang ayat aku jadi lainlah. Hati tengah marah, setan pun masuk line la. Takleh nak pikir aku. Aku tau aku banyak lagi kena belajar. Tapi itulah, geram bila org tak hormat. Aku dulu masa jd org bawahan automatik aku tau letak duduknya aku ni walaupun ada ijazah. Baba kata, 'chena lain, chena ada ijazah. Tak boleh samakan dengan mereka yang tiada'. Betul kata baba. Tapi perkara sebegini bukan sebab akademik. Tapi sebab sikap.
Hari Jumaat ni la, dari pagi sampai petang suma nak aku selesaikan masalah. Satu email dengan kata-kata yg tak sesuai diterima. Asalnya aku nak balas balik dengan kata-kata yang lebih keras. Jadi tak profesional lah pulakkan. Jadinya aku balas balik dengan perkataan yang amat bersesuaian. Isu yang sama, attitude @ sikap.
KITA KENA LETAK DIRI KITA PADA TEMPAT YANG SEPATUTNYA. 2 orang besar kat tempat aku keje ni dah keluarkan perkataan yang aku akan ingat sampai bila2. 1; 'awak tak layak masuk mesyuarat ni (orang besar 1), 2; 'aku orang buangan' (orang besar 2 merangkap bos pertama aku di tempat ini). Asalnya dulu aku hormat mereka. Tapi sekarang....nak kata tak hormat tak bolehla kan, sebab org atas. Cuma kurang respect la. Tak profesional orang kata.
Memang aku tertekan bila aku dapat APC, seorang pensyarah kata aku memang patut la buat banyak keje sebab dapat APC. Memang aku menyamuk gila dengan dia dan sah2 aku halau dia keluar. Nama je pensyarah tapi tak profesional. Aku tak heran dapat APC. Aku cuma marah bila aku keje separuh mampus, benda tu disebut. Aku tau prestasi setiap kakitangan.
Memang aku tertekan sangat bila orang tak reti appreciate ni.
Pesan baba; 'Chena kuat, chena tabah, chena boleh buat'. Tapi aku manusia biasa. Aku ada keluarga. Dan aku pun nak zuriat. Cuma belum ada rezeki rasanya.
Setelah difikirkan dan ambil kira takde orang baca pun blog aku ni. Aku tanam azam; after handle fakulti ni, aku teringin nak berkhidmat di bahagian perjawatan. SERIUS. Dan setelah itu, aku teringin nak handle medic Fakulti. SERIUS. Apapun, peralihan kuasa akan berlaku. Wait and see adakah aku mendapat peluang sepertimana yang diimpikan ini.
Sekiranya, permainan politik masih kuat di sini, aku akan sambung belajar. Mana tahu boleh jadi warga pendidik. Insyallah.